Haiwan
1) Ada pelbagai jenis haiwan disekeliling kita.
contohnya ialah :-
a) kucing
b) burung
c) ikan
d) katak
e) ular
f) lipas
g) siput
h) rama-rama
2) Ada haiwan di darat dan ada haiwan di dalam air.
3) Contoh haiwan di darat ialah kucing, harimau, kuda, rusa, lipas, siput, burung, katak dan lain-lain lagi.
4) Contoh haiwan di dalam air ialah ikan, udang, sotong, ketam, ikan paus, jerung, obor-obor dan lain-lain .
5) Haiwan mempunyai sifat atau ciri fizikal tertentu. Ada
sesetengah haiwan berbeza antara satu sama lain. Ada juga yang
sama sifat fizikalnya.
Contohnya :-
a) ikan - mempunyai sisik
b) burung - mempunyai bulu pelepah
c) penyu - mempunyai cangkerang
d) lembu - mempunyai tanduk
e) rama-rama - mempunyai sesungut
f ) ular - mempunyai sisik
g) itik - mempunyai bulu pelepah
h) rusa - mempunyai tanduk
6) Haiwan memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal untuk terus hidup.
7) Ada haiwan yang makan daging sahaja seperti harimau, singa, anjing, serigala, musang dan lain-lain.
8) Ada haiwan yang makan tumbuhan sahaja seperti gajah, lembu, kambing, unta, belalang dan lain-lain.
9) Ada haiwan yang kan daging dan tumbuhan seperti ayam, burung, itik, beruang dan lain-lain.
10) haiwan mempunyai cara masing-masing yang tersendiri untuk melindungi diri daripada musuh.
Contohnya :-
a) Lipan - mempunyai sengatan berbisa
b) Lembu - mempunyai tanduk
c) Sotong - mempunyai dakwat hitam
d) Kuda - berlari pantas
e) Monyet - hidup berkumpulan
f) Penyu - cangkerang yang keras
g) Landak - duri yang tajam
h) Sesumpah - menyamar diri
i) Kumbang - pura-pura mati
j) Skunk - mengeluarkan bau busuk
k) Tenggiling - menggulungkan badan